yyrmteam

href="http://www.yyrm.yolasite.com/senarai-kebun-area-johor.php">

Tuesday, 11 March 2014

Taik Bintang Ke Batu Bintang tolong pencerahan.


Taik bintang ke batu bintang ke batu buat lontar orang..???


Salam Semua..
Khusus Kepada sesiapa yang pakar tentang batu, ahli kaji batu, kaji bintang dan sewaktu dengannya harap dapatlah bagi pencerahan, kesian kat kawan kita tu, sampai dibungkus2 batu tu sebab segan, semata-mata mintak penjelasan dari aku. 

Ermmmm kalau kepala batu, hati batu, batu api dan segala batu dalam diri manusia, memang aku  boleh bagi pencerahan, lebih pakar dari segala pakar, he,he,he.... Sebab aku kan manusia sama macam manusia lain jugak.

Perhatikan Gambar Batu Dibawah ini.
Sekiranya kurang jelas boleh tengok sendiri.. mehlah datang sini..





  
Kisah misteri disebalik penemuan batu.

Dari yang ampunya batu bercerita, bukan aku yang cerita tau, aku cuma tokok tambah mana yang patut aje untuk "tak" menyedapkan cerita.

Al- Kisah  "Hari tu aku (si mamat yang ampunya batu nilah ) pergi ke satu lokasi kebun untuk dijual , kali yang ke berapa pun aku tak ingat"  katanya.  ( kebun yang dimaksudkan adalah kebun sama yang aku ( tuan punya blogger ni le.. )  carikan pembeli,ada beberapa pembeli memang berminat dengan kebun ni, oleh kerana mamat ni terlmpau jaga sanggat pemiliknya last-last kena cross dengan broker lain, Aku gak yang keluar asap.. padan muka aku dan mamat ni.) huh..!

Untuk makluman pembaca, dalam kawasan kebun dari apa yang aku perhatikan, terdapat sebuah batu tungku yang agak besar, aku gelarkannya "batu tungku", kerana batu besar tersebut tertinggik diatas batu-batu sederhana besar dibawahnya. Terdapat beberapa tanda berbentuk aneh diantara batu tu, yang sukar nak aku jelaskan. Batu besar berwarna putih, yang bertinggik diatasnya pula seolah-olah mempunyai mata , berbentuk dan kemilaunya seperti berlian tertanam ditengah-tengahnya. Ada juga antara rakan-rakan ku yang cuba memahat batu berlian tu, dengan harapan menjadi hutawan segera, tapi malangnya tak berhasil malah penukul dan pahat yang barai, huss tak balik modal  :). 

 Tapi hari ini batu tu sudah tidak kelihatan lagi, yag ada hanya bekas-bekasnya sahaja. Berikutan pemilik baru membersih serta mengambuskannya dengan tanah yang ditarah dari bukit di sekitarnya, untuk penanaman kelapa sawit.

Kalau aku nak ceritakan secara terperinci, karang jadi dongeng la pulak, Baik kita balik kepada cerita si mamat ni.

" Sebaik aku sampai kebatu besar, aku terpandang seekor katak hijau berkepala leper, bertanduk sepasang, seperti tanduk kerbau. Aku berbalas renungan dalam beberapa minit, tiba-tiba aku dengar ada benda merempuh semak dari arah belakang, aku segera menoleh, puas mata aku melilau kalau-kalau ada rimbunan belukar yang terkuak akibat dirempuh sesuatu itu, tapi tidak ada, keadaan tenang dan bunyi susup sasap tadi lenyap serentak dengan tolehan aku."

" Bila aku pastikan keadaan aman, aku menoleh semula kearah katak bertanduk tadi. Tapi katak tu dah tiada, yang ada batu nilah sambil menuding jari kerah batu yang diletakan diatas meja warung tempat aku melepak ( penulis melanggok sambil angguk macam belatuk ).

" Keras ke tanduk katak tu..aku mencelah, Keras jawab mamat tu. "Mana kau tau kau pegang kr tanduk tu ".  Takdalah aku pegang katak tu.. tapi dari pandangan mata aku. Aku taulah tanduk katak tu keras.. Cheh!! tengok pakai mata tanpa disentuh pun dah tahu keras, Bio betul mamat ni... (dalam hati jer, tak sampai hati pulak nak mempertikaikan critanya, takut merah padam pulak kulit muka dia, Kalau awek yang merah padam kusss semangat.. crita pun tak guna...ek,ek,ek,kek..

OK KALAU ADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI IDEA UNTUK BUAT KAJI SELIDIK ATAU NAK BELI BATU NI PUN BOLEH.

Segala teori atau apa sahaja termasuk jual beli boleh hubungi saya melalui email  yyrmteam@gmail.com 
atau h/p : 017 7990907 / Hamidan Mokmin.

Sesiapa Yang terbaca dan tercungap-cungap nafas sebab tak faham diucapkan terimakasih. 

Assalammualaiku.w.b.k


0 comments:

Post a Comment